Tuesday, October 7, 2014

~~ MENU PAGI HARI RAYA AIDILADHA ;)

Assalamualaikum w.b.t

Masih dalam mood hari raya ke semua ?? Sendawa pun rasa gulai daging lagi hikhik, mana taknya menu 2,3 harini memang daging aje kan. Syukur Alhamdulillah tahun ni saya sekali lagi dapat sambut Hari Raya di kampung bersama keluarga tercinta. Keseronokan sambutan Hari Raya Qurban di kampung ni berbeza dengan bandar espesyeli kalau di Pantai Timur sambutannya memang meriah benor.

Tahun ni saya dapatla jugak rezeki daging Qurban yang diberi oleh jiran2 ngan sanak saudara. Dah terpikir2 menu nak masak daging ni nyumnyum ;)...Tahun ni punya raya takde gambar, eh bukan tahun ni je banyak tahun jugak Hari Raya Qurban takde gambar ler.

Memandangkan takde gambar raye so saya nak share sikit tentang menu pagi Hari Raya Aidiladha. Kami orang pantai timur dah terbiasa dengan menu-menu berat pada waktu pagi. Jadi sini saya kongsikan menu yang selalu MAK saya masak di pagi raya hihi

i) Nasi Himpit Kuah Kacang - atau nama lainnya nasi kapit sebab dulu2 nasi ni ditanak lembik pastu dilenyek ditekan pastu dihimpit dengan lesung batu. Org Terengganu ringkaskan jadi Nasi Kapit ;)


ii) Nasi dagang - menu ni wajib dimakan setiap kali raya. Nasi dagang versi Terengganu sikit berbeza dengan Kelantan sebab Terengganu guna beras pulut warna putih, Kelantan guna beras perang. Kalau ditanya opkos saya suka versi Terengganu hihi. Lauk mesti gulai ikan tongkol a.k.a ikan aye.


iii) Nasi kunyit - haaa mesti pelik kan. Sebenarnya nasi kunyit ni nama lainnya pulut kuning. Tiap hari raya MAK saya wajib masak nasi kunyit sebab ni peberet ayah saya. Lauk sama ada gulai ikan aya, gulai ayam atau daging.


iv) Nasi minyak - atau nama lainnya nasi hujan panas sebab berwarna warni. Kalau kat negeri lain nasi minyak mest hari kenduri kawen je kan. Tapi jangan terkejut bila datang Terengganu nasi minyak ni memang dijual tiap pagi sebagai breakfast.


Okey, saya rasa inilah antara menu2 yang memang akan ada setiap Hari Raya tak kira Raya Qurban atau Raya Puasa. Jadi sila jangan terkejut ye bila beraya di Terengganu dan jumpa menu2 ni hihi

p/s : Semua gambar di atas adalah belas ihsan encik Google ;)


1 comment:

  1. Sedapnya menu linda hari raya korban.. samalah saya pun tak sempat nak ambik2 gambo ni.. hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum...terima kasih sudi berkunjung ke blog Linda Lin ni, semoga apa yang saya sampaikan di sini bermanfaat untuk semua ;)