Sunday, November 16, 2014

Berpantang Secara Sihat Dengan Shaklee

Hi semua ;)

Rasanya hujung tahun memang musim untuk bersalin kot hehe. Bukan ape saya cakap mcm tu, baru2 ni kawan seofis baru je bersalin. Jadi saya ngan member ofis yg lain pi la melawat eksaited nak tgk baby. Ibu2 yang lps bersalin ni diletakkn di wad postnatal. Jalan la kami ni yg seramai 7 org pi keletuk keletak keletuk keletak kat Hospital Kluang tu (tk ingt nm pnjg dia daaa).

Masuk je wad tu...mak aiiihhhh penuh sepenuh penuhnya la sampai ada extension lagi tu. Produktif betul hujung2 tahun ni hihi. Alhamdulillah rezeki. Seronok tengok gelagat pasangan yang baru first time dapat baby. Eksaited sungguh. Hmmm bila dah ada baby rutin harian especially mak2 akan totally berubah. Dulu boleh tido lena sampai pagi tapi bila dah ada anak kena kerap bangun untuk menyusu. Pendek cakap mak2 ni perlu sentiasa sihat dan jaga kesihatan diri terutamanya dalam tempoh berpantang.

Proses melahirkan merupakan perjuangan hidup mati seorang wanita. Kesakitan dan keperitan yang ditanggung tiada tolok bandingnya. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. Cuba bayangkan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Dan cuba bayangkan bagaimana rasanya bila tulang dipatahkan, 1 tulang patah pun kita dah rasa mcm nak pengsan apatah lagi bila 20 ???

Itu proses bersalin, selepas bersalin pun ibu2 berisiko untuk alami pelbagai komplikasi lain seperti pendarahan, puerperal pyrexia, postpartum blues dan banyak lagi. Sebab itu penting untuk berpantang dengan betul. Untuk pastikan ibu sentiasa sihat dan luka bersalin cepat sembuh bagi ibu yang menjalani caesarean. Kalau berpantang cara mak kita dulu2, banyakkkk pantang larangnya. Kena minum air akar itu minum air akar ni, telan ajela walopon pahit toksah cakap.

Tapi sekarang kan dah bermacam kemudahan ada. Nak berpantang pun tak perlu la nak kena telan macam2 air akar kayu daun kayu pokok kayu tu. Seksaa oooo. Mujur la Set Berpantang Shaklee ni mudah aje, dalam bentuk pil cuma telan aje. Mudah kan. Tak ade rasa apa pun.


Berpantang dengan Shaklee semudah 1,2,3. Ini full set untuk berpantang, bagi ibu menyusu blh tambah Alfalfa untuk banyakkan penghasilan susu. TAPI tak semesti kena ambil semua yang ada dalam set ni. Saya faham kadang2 kita pun ada bajet sendiri kan. Boleh ambil yang mana dulu ikut keutamaan dan bersesuaian dgn bajet anda.

Ok meh saya explain satu persatu. Set berpantang ni merangkumi ESP, Vitalea, Vitamin-C, B-complex, Zinc Complex dan Ostematrix.


VITALEA
Multivitamin lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seharian. Dalam masa berpantang ini, kadang-kala kita tidak akan segala vitamin yang diperlukan tubuh kerana berpantang makan. Uniknya Vita-lea Shaklee ini diformulasi dengan iron yang sangat diperlukan tubuh selepas bersalin kerana ibu-ibu akan kehilangan darah yang banyak.

B-COMPLEX
Bertindak sebagai anti stress, mengelakkan kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon.

VITAMIN C
Sangat penting untuk menyembuhkan luka, pembentukan kolagen dan memperbaiki tisu-tisu yang rosak ketika bersalin.

ZINC COMPLEX
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka terutama luka dalaman (rahim). Mengurangkan masalah keguguran rambut yang sinonim pada ibu-ibu selepas bersalin.

OSTEMATRIX
Ianya bukan sekadar kalsium. Membantu mengatasi sakit belakang yang kerap dialami ibu-ibu selepas bersalin, membantu sistem pelawasan dan atasi sembelit. Ia juga membantu mengelakkan susu merudum semasa period.

ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER (ESP)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah NON-GMO soy. Ia juga dibasuh TANPA menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

Setiap pembelian daripada saya akan mendapat FREE CONSULTATION. Hubungi saya untuk dapatkan harga kasih sayang.

Hubungi saya :
LINDA (963507)
PM/SMS/WHATSAPP : 0199585592
Fb : Linda Lin II
Emel : lin29iraq@yahoo.com

Wednesday, November 12, 2014

Detoks Dengan Herblax Shaklee

Salam...hi uolls

2,3 hari ni tetibe ramai pulak yang nak kan Herblax, jadi terlaris di pasaran kejap. FYI Herblax ni pun salah satu produk feveret saya juga especially bila rasa hari tu terlebih makan ahaks. Sebelum tido, saya akan telan 4 biji Herblax terus dan minum air kosong dengan banyakkk sekali untuk percepatkan proses detoks tu. Herblax normally ambil masa 6 jam untuk bertindak. Sebab tu kalo memang dah plan nak gi jalan2 keesokan harinya saya akan skip Herblax. Kang tak pasal ter'lepas' dalam seluar eeuuuuwwww tk senonoh you

Bukan saje aje yang suka Herblax ni, Mak ngan adik saya kat kampung tu pun suka. Sebelum ni mak saya ada minum teh untuk mem'buang' ni.Memang dengan teh ni membuang dengan lawasnye, TAPI jadi tak tertahan-tahan dan jadi mmacam cirit birit. Jika digunakan secara berterusan dikhuatiri badan akan bergantung dengan teh tu untuk membuang. Hmmm sejak dah kenal ngan Herblax ni tak pandang yang lain dah. Memang Herblax pun akan ada rasa memulas, tapi rasa tu lebih lembutttt.


Herblax ni merupakan sejenis LAXATIVES atau bahasa mudahnya PELAWAS. Yang penting laxatives ni selamat sebab bebas dari sebarang bahan kimia. Ia mengandungi 9 herba semulajadi yang berfungsi untuk proses detox (pembersihan) secara lembut dan tidak menyakitkan serta terbukti secara klinikal untuk digunakan dengan selamat oleh tubuh badan kita.

Apakah manfaat utama Herb Lax Shaklee?

Membantu proses membersihkan najis yang tersekat
Membantu mengempiskan bahagian perut
Membantu memejalkan bahagian perut (bina otot)
Mengembalikan semula proses pergerakan semulajadi usus (bowel movement) kerana tindakan detoksifikasinya yang lembut
Membantu masalah sembelit
Meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan najis dan toksik didalam tubuh badan kita terutamanya yang telah tersimpan lama.

Siapa Yang Memerlukan Herb-Lax Shaklee?

Mereka yang mempunyai masalah sembelit
Mereka yang ingin mendetoksifikasikan badan
Mereka yang ingin menurunkan berat badan (rujuk: Set Slimming Shaklee)
Mereka yang mempunyai masalah jerawat yang teruk
Mereka yang mengalami masalah buasir
Mereka yang mempunyai masalah berat badan
Mereka yang banyak bergantung kepada ubat-ubatan terutamanya pil tahan sakit

Untuk yang berminat untuk mencuba boleh hubungi saya, FREE CONSULTATION.

Pengedar Sah Shaklee (COD Kluang, Batu Pahat, Yong Peng, Kahang)
LINDA (ID 963507)
sms/whatsapp : 0199585592
Fb : Linda Lin II
Emel : lin29iraq@yahoo.com

Sunday, November 9, 2014

KHASIAT ALFALFA COMPLEX SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Jam dah pukul 11.06 mlm baru je siap lipat kain, kemas mainan yang bersepah dan baru berkesempatan ON laptop. Bila hero kecik dah tido semua keje boleh buat. Kalo tak tido ade je benda dia nak tolong. Kita lipat kain, dia pun nak tolong lipat jugak. Kita kemas mainan, dia tolong kemaskan lagi hihi. Tapi layankan aje dah namenye pun budak kan, tengah nak membesar tu memang banyak la fikirannya.

Penat ?? Badan letih lesu ?? Ya, dulu saya mmg selalu alami simptom macam tu. Nak2 siang hari dah kerja ofis hour, balik rumah sambung lagi. Kalo tak sabar, tak kuat fizikal memang boleh timbulkan masalah jugak. Tapi, alhamdulillah dengan Shaklee saya masih segar masih bertenaga nak sambung buat kerja-kerja rumah. Alfalfa Complex adalah peneman malam saya. Sebelum tidur saya akan pastikan saya ambil Alfalfa nih. Esok pagi bila bangun badan kompem akan rasa ringan sebab salah satu fungsi alfalfa ni adalah untuk DETOKS. Pernah jugak buat eksperimen kunun tak ambil Alfalfa beberapa malam, badan mmg rasa lain. Cepat letih, tak bermaya. Ini sayala, sebab setiap orang tak sama kan.

Ok, malam ni saya akan kongsikan serba sedikit mengenai Alfalfa. Yela, orang kate tak kenal maka tak cinta so kena la kenal2 dulu sikit kan ;)


ALFALFA COMPLEX SHAKLEE merupakan salah satu suplemen Shaklee yang mempunyai 1001 khasiat. Diperbuat daripada tanaman bernama Alfalfa (Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas daripada pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos atau baja bebas kimia. Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.

Daun Alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung didalamnya. Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti.

Kebaikan Utama Alfalfa Shaklee:

1. Mencuci hati, darah dan usus.
Alfalfa mengandungi sifat alkali yang boleh meneutralkan keadaan badan yang berasid, nyahtoksin, bersihkan hati dan darah.

2. Memperbaiki keadaan kulit dan merawat kurap dan bau badan.

3. Menyingkirkan lemak dan kolestrol.
Daripada kajian klinikal, terbukti alfalfa mampu menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, serangan strok, dan darah tinggi. Alfalfa mengandungi 'saponin' iaitu sejenis span yang bertindak sebagai serap untuk menyerap kolestrol.

4. Melawan tumor.
Alfalfa berupaya memperbaiki sel-sel kanse dan membuang tumor.

5. Melegakan keletihan badan
Badan yang berada dalam keadaan neutral akan lebih terasa segar dan bertenaga.

Manfaat lain Alfalfa Complex Shaklee kepada kesihatan :

1. Membantu proses penghasilan susu ibu.
2. Memulihkan urat selepas bersalin
3. Mengawal kolestrol dalam darah.
4. Mengawal kolestrol dalam darah.
5. Membantu meningkatkan kesihatan lelaki.
6. Meningkatkan kesihatan prostat.
7. Membantu sistem pencernaan.
8. Nyahtoksid dalam tubuh.
9. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan elak strok.
10. Mengurangkan paras gula dalam darah.
11. Merawat asma dan masalah pernafasan.
12. Merawat kencing kotor.
13. Mengurangkan masalah gastrik dan pedih hati.
14. Merawat masalah sembelit.
15. Mengurangkan kesakitan otot&sendi.
16. Membantu proses penghadaman.
17. Meneutralkan asid dalam badan.
18. Menghangatkan lagi hubungan intim suami isteri.
19. Mengurangkan masalah pundi kencing.
20. Meningkatkan sistem antibodi.

Mak aihh banyaknyer fungsi Alfalfa Complex ni kan. Jangan terkejut memang kebanyakan produk Shaklee mempunyai banyak fungsi. Untuk pengetahuan, Alfalfa Complex ni berada di pasaran dalam 2 botol, 1 botol kecil yang mengandungi 330 tablet dan 1 botol besar yang mengandungi 700 tablet. Banyak kan. Memang jimat ;)

Untuk yang berminat untuk mencuba boleh hubungi saya, FREE CONSULTATION.

Pengedar Sah Shaklee (COD Kluang, Batu Pahat, Yong Peng, Kahang)
LINDA (ID 963507)
sms/whatsapp : 0199585592
Fb : Linda Lin II
Emel : lin29iraq@yahoo.com

Saturday, November 8, 2014

~~ Mealshake Shaklee Teman Terbaik Buat Anak-Anak~~

Assalamualaikum w.b.t

Petang ni update blog sambil ditemani 2 hero tersayang jer, daddynya pergi camping pulak dengan kawan2 kerja. Takpela kadang2 kita perlukan masa bersama kawan jugak kan? Saya mmg takde masalah dengan itu :)

Apa yang penting bila tinggal dengan anak2 je, diorang sihat. Sebab kalo anak sakit time daddy dia takde mmg kelam kabut juga saya dibuatnya. Tapi setakat ni Alhamdulillah, demam sikit2 tu normal la. Tapi hati sorang mak, mesti nak yang terbaik buat anak-anak saya. Sejak anak yang sulong lagi, Eyo bila dah umur setahun lbh saya dah berikan Vitamin untuk dia. Apa lagi multivitamin untuk anak, mestilah saya pilih Mealshake sbb senang boleh aje campur dalam susu atau mana-mana minuman. Almaklumla budak tecik ni leceh sikit kalau nk kena makan tablet ke softgel ke.


Mealshake ni dalam bentuk serbuk macam susu, bau pun wangiiii sangat macam aiskrim vanilla gitu. Saya selalu bancuh Mealshake ni 1 scoop sekali sehari jer. Jimat ko noks hehe. Bulan Jun haritu anak ke-2 saya dah masuk umur 1 tahun. Sama mcm abangnya, saya terus mula berikan Mealshake.

Alhamdulillah mmg saya sangat puas hati dengan Mealshake Shaklee ni. Dengan Mealshake selera makan kedua hero saya toksah cakap. Suap apa pun makan. Yang penting tahap imuniti juga bertambah. Jadi risiko untuk terkena jangkitan tu adalah kurang. Sebenarnya, Mealshake ni boleh diberi dalam pelbagai bentuk tk semestinya campur dalam susu atau air aje. Kalau mak2 yang rajin tu boleh buat Aiskrim Mealshake. Kanak-kanak kan suka aiskrim. Mesti laku nanti. Tapi disebabkan saya ni 'rajin' jadi takde aiskrim la haha.

Buat ibu2 yang nak cuba berikan Mealshake untuk anak2 boleh dapatkan dari saya. Harga kasih sayang aje ye. Untuk yang tinggal di Kluang, Batu Pahat, Yong Peng dan Kahang saya boleh COD ;)

Pengedar Sah Shaklee
LINDA (ID 963507)
Sms/ whatsapp : 0199585592
Fb : Linda Lin II
Emel : lin29iraq@yahoo.com

Wednesday, November 5, 2014

SUPPLEMEN UNTUK RAMBUT GUGUR

Assalamualaikum w.b.t

Minggu lepas saya dapat panggilan dari sorang jejaka nih chewah marah laki aku. Gni la dialognya :

LL : Halo..
Jejaka : Halo ni pn Azlidai ke ?
LL : ye saye, kenape ye ? (dalam pale otak ni ingatkan nk jual insuran ke ape)
Jejaka : ni Puan Azlidai yang shh shhh sshh Shaklee tu ke ? (tergagap gagap gitew jahat aku nih haha)
LL : aaa ye saye, apa yang sy boleh bantu ye (skema ayat)?
Jejaka : saya nak tanye untuk yang untuk rambut tu?ape ye ?
LL : ooo zinc dan ESP.
Jejaka : oo berape ye?
LL : bla bla bla

Dari perbincangan antara saya dan jejaka tu maka beliau pun bersetuju untuk ambil set rambut gugur.Since dia di Kluang, so saya COD kan aje. Dah tgk orangnye eh banyak je rambut, mungkin untuk orang lain kot.

Ha sape ada masalah rambut gugur? Saya pun dulu ade masalah rambut nak2 lepas bersalin. Memang kritikal nasib baik tak botak lagi hihi. Kan kite ni org pompuan, rambut ni ibarat mahkota buat kita. Untuk tatapan suami tersayang aje tau. Dah bila dah satu satu luruh, lame2 bila disapu lantai tu memang dapat la segumpal rambut. Tapi sejak saya amalkan Shaklee alhamdulillah tiada lagi dedaunan eh silap rerambutan berguguran.

So, saya pun nak anda merasai pengalaman yang sama. Dari rambut gugur --> rambut lbh sihat dan kuat.

SET RAMBUT GUGUR SHAKLEE

i) ESP
ii) Zinc Complex
iii) Vitalea



Untuk penerangan bagi setiap produk saya akan terangkan pada entri yang akan datang ye. Babai

Pengedar Sah Shaklee
LINDA (ID 963507)
sms/whatsapp : 0199585592
Fb : Linda Lin II


Saturday, November 1, 2014

PENGEDAR SAH SHAKLEE DI TEMPAT ANDA

Assalamualaikum semua ;)

Malam ni tulis blog sambil mata duk jeling-jeling perlawanan akhir bola sepak JDT vs PAHANG. Saya sokong Pahang kikiki. Mesti ramai yang tengah dup dap dup dap nak tahu kesudahannya. Nak aje saya cadangkan B-complex buat mereka yang tengah berkerut-kerut ni. Sebut tentang produk Shaklee, saya pasti ramai yang dah tahu tentang kewujudan produk ini tapi mungkin tidak tahu di mana untuk mendapatkannya.

Terdapat 2 cara untuk anda mendapatkan produk Shaklee :

1) Anda boleh walk-in ke mana- mana branch Shaklee dan berikan no ID (cth : 963507) dan anda boleh terus dapat barang yang anda inginkan. Kebaikannya, tiada kos pos. Dah jimat di situ kan.

2) Buat belian dari mana- mana Pengedar Sah Shaklee. SID akan poskan barang anda atau COD kan terus ke tempat anda. Di sini saya senaraikan Pengedar Sah Shaklee yang anda boleh hubungi :

Hasney Hashim (Kota Bharu, 019-9132072)
Joanitah Joseph (Kota Kinabalu, 010-9314828)
Mazlah Wahab (Terengganu, 013-9728264)
Shuhada Muhamad (Johor, 013-3809126)


Diharap dengan perkongsian ini, dapat memudahkan anda semua untuk membuat belian produk Shaklee ;)

Buat penduduk Johor sekitar Kluang, Batu Pahat dan Yong Peng saya Pengedar Sah Shaklee di teempat anda dan sedia untuk COD (Cash on delivery). Semoga kita semua sama2 dapat manfaat dengan Shaklee.

Pengedar Sah Shaklee
LINDA (963507)
sms/whatsapp : 019-9585592
Fb : Linda Lin II