Monday, October 6, 2014

SEAWAL USIA 12 TAHUN ALAMI ANCAMAN PSIKOLOGI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua umat Islam, semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya.

Baru- baru ni kita digemparkan dengan isu kertas soalan bocor yang melibatkan Ujian Pencapaian Sekolah Menengan (UPSR). Seramai 472, 853 calon UPSR yang menduduki peperiksaan terpaksa menduduki peperiksaan UPSR buat kali kedua.Isu macam ni membuatkan saya terfikir kenapa sampai ada kes bagini. Kalau bagi pendapat saya sendiri, UPSR bukan menjadi ukuran seorang pelajar akan mendapat tempat di universiti nanti. Ada ke bila kita apply kerja atau study mintak keputusan UPSR ??? takde kan...yang akan selalu diminta mest keputusan SPM kan.


Straight 'A' dalam UPSR bukan boleh terus universiti pun, wajib masuk ke tingkatan 1 dulu. Cuma yang mungkin membezakan sikit yang straight 'A' berpeluang untuk masuk ke sekolah berasrama penuh, sekolah pilihan, sekolah elit. Tapi masuk sekolah mana pun, kalau memang malas belajar pun takkan dapat keputusan cemerlang..yang penting USAHA.


Saya kesian dengan calon-calon UPSR ni, mereka masih kanak- kanak. Mereka sepatutnya melalui zaman kanak-kanak yang seperti kita dulu2. Bermandi hujan, main pondok2,main sorok- sorok...best je ingt zaman dulu2. Tapi budak2 sekarang gaya hidup mereka sangat jauh beza. Semuanya pegang iPhone, pegang PS2, semua gadget la. Terfikir jugak macam mana la zaman anak saya nant ye. Bila difikirkan menjadi ibu bapa zaman sekarang cabarannya berbeza dengan dulu2. Adoii pasni kena ikut bnyk kursus keibubapaan la ;)

Saya pernah lihat sepupu saya sendiri hantar anaknya masuk ke sekolah seawal usia 3 tahun lagi. Dalam hati terfikir jugak kat mana zaman kanak2 budak nih. Ibu bapa yang terlalu menekan anak, yang sentiasa mahukan anaknya belajar aje sedikit sebanyak turut memberi tekanan psikologi pada anak itu sendiri.

Saya dan suami pernah berbincang mengenai isu ni. Saya pernah suarakan untuk menghantar anak ke sekolah di usia awal, tapi dibantah oleh suami. Lepas suami terangkan hujah kenapa dia buat keputusan tu, baru saya faham. Salah satu ayat yang suami saya bagi ' Abg nak anak2 abg lalui zaman kanak2 macam kanak2 normal, macam kita dulu2'. Lepas dihadam ayat tu saya pikir mmm betul jugak tu, bila ibu bapa terlalu tekan anak2 untuk sentiasa cemerlang, anak2 ni akan cepat rasa kecewa bila gagal.


Pada mereka yang terlibat dalam isu pembocoran soalan ni, di mana sikap amanah?? tanggungjawab ??? Adakah kerana kerjakan nama sekolah cemerlang, guru cemerlang, sekolah terbaik sehingga sanggup pecah amanah ?? Tidak Jujur ?? Akhirnya kanak2 yang menjadi mangsa. Diharap kes sebegini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang. Semoga semua mengambil iktibar. Kembalikan zaman kanak- kanak mereka, jangan sesekali dirampas.



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...terima kasih sudi berkunjung ke blog Linda Lin ni, semoga apa yang saya sampaikan di sini bermanfaat untuk semua ;)