Thursday, December 4, 2014

Tips Pindah Rumah (Part I)

Hai semua ;)

Harini entri lain sikit dari sebelum2 ni. Sebab saya baru aje 3 hari berpindah ke rumah baru actually tak baru sangat sebab saya beli pun rumah 2nd hand. Tapi sebab saya baru aje duduk kan jadi kire rumah baru la kan kan kan. Okey since baru aje lagi proses mempacking, memunggah, mengemas dan unpacking balik tu, fresh lagi dalam kpala otak ni so saya nak shate sikit tips2 buat mereka2 yang akan berpindah. Tapi hari ni Part I untuk sebelum pindah ye.

Saya buat aktiviti kemas mengemas barang dlm kotak ni masa weekend aje. Jadi ambil masa berminggu2 jugak la nk siap sepenuhnya. Samapai ke hari nak pindah tu ade lagi nk kemas. Memang banyak kerja oooonak kena buat bile pindah ni.

Ok first sebelum korang nak packing barang masuk kotak2 tu pastikan korang dah beli siap2 plastik hitam besar, banyak pun takpe. Sebab first benda yang kena buat adalah SISIH. Saya guna prinsip 5S tu hihi. Buat yang tak tahu 5S tu ape, 5S tu kita gunapakai konsep dari Jepun. Tujuannye utk pastikan keadaan tempat kerja tu kemas dan teratur. Tapi 5S ni jugak kita boleh apply kat umah. Kat bawah ni ha sikit penerangan pasal 5S tu.


So first step yang kena buat ialah SISIH ye. Maksudnye kena asingkan segala bagai barang yang agak2 dah tak dipakai, khazanah2 lama macam majalah Media, URTV, Mangga keke. Pastu barang plastik yang dah takde tudung takyah ler duk sayang sangat, saya ler tu hihi. Buang aje tak pun sedekah kat uncle yang suka kutip barang2 plastik tu ha. So semua yang tak guna tu bolehla dicampak dalam plastik hitam ni ha macam hakak kat bawah ni. Saya tak ambil pic masa pindah ritu so pic semua bls ihsan pakcik google ye.


Next step barula korang susun barang2 dalam kotak ikut kategori. Pastu jangan lupa labelkan. Macam saya ritu barang dapur saya akn ltk dalam satu kotak then labelkan. Contohnya, 'STOK MAKANAN-Kitchen'. Label barang ape dan tempat kat mana kotak tu patut diletakkan. Yela nant dah pindah sesi angkut tu korang tak boleh nak pantau satu2. So korang ltk siap2 mana nak letak kotak tu. Takdela nant tercari2.


Okeyh dah siap susn dan label semua barang dalam kotak. Korang kenala sapu sikit rumah yang bakal ditinggalkan tu kan. Nanti kan tak pasal tuan rumah tu cakap korang ni pengotor. Sapu semua ruang pastikan rumah lama tu bersih ye. Taknak dicop pengotor kan hihi. Dah siap sapu kenala seragamkan means kat sini korang susun la kotak yang bakal diangkut ke rumah baru tu dalam satu bilik. So takdela menyemak sangat mata memandang and tak menghalang laluan ye.

DANNNN

Ni penting ni. Duk syok mengemas tu jangan semua barang terus korang masukkan dalam kotak tau. Korang kena sediakan 1 beg, tak kesahla 1 ke 2 ke untuk masukkan barang yang korang nak guna. Contohnya, pakaian kena ada 2,3 pasang termasuk pakaian dalam tau. Lps tu berus gigi, ubat gigi, sikat, deodoran, syampu, bedak, towel. Semua barang ni antara barang first yang korang akan cari nant bila dah pindah. Okeyh saya rasa setakat ni je dulu tips pindah rumah. Kita akan bersambung ke Part II yang entah biler.

Salam.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...terima kasih sudi berkunjung ke blog Linda Lin ni, semoga apa yang saya sampaikan di sini bermanfaat untuk semua ;)