Tuesday, June 22, 2010

Amalan2 Baik

ha ni saje je nk tmbh lagi psl kehamilan ni....
nak2 bg yg pregnant first baby mest banyak yg tak tau...
ni antara amalan2 baik yg blh diamalkan semasa hamil dan seterusnya :

1. Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat.
2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya.
3. Memperbanyakkan membaca Al-Quran,
4. Sentiasa berakhlak yang baik.

pastu ni ade jugak buat suami2 hehe:

- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam
- keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba
- mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.


part istri pun mest ade :

- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.



psstt: renung2kan dn slmt beramal

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...terima kasih sudi berkunjung ke blog Linda Lin ni, semoga apa yang saya sampaikan di sini bermanfaat untuk semua ;)